Lompat ke kandungan utama

Portfolio

Kerja yang boleh awak buka sendiri

Saya tidak menyiarkan tangkapan skrin projek yang tidak wujud. Setiap kad di bawah ialah sistem yang sedang berjalan, dan setiap pautan membuka laman sebenar. Kalau satu pautan rosak, itu kesilapan saya dan awak boleh beritahu saya.

Laman dan sistem web

Laman komuniti

Lucee Malaysia

Portal komuniti untuk pengguna ColdFusion dan Lucee di Malaysia: artikel, tutorial, ruangan soalan, akaun ahli dan suapan berita. Dibina dan diselenggara sepenuhnya di pelayan sendiri.

Docker, Traefik, Lucee, MySQL

lucee.my

Alat berlangganan

Thalhah SEO Panel

Panel pemantauan SEO berbilang akaun: sambungan Search Console, pemeriksaan kedudukan kata kunci, laporan ralat pengindeksan dan ringkasan prestasi halaman. Langganan dari RM39 sebulan.

ColdFusion, MySQL, Docker, API Google

Halaman SEO Panel

Laman kandungan

thalhah.my

Laman yang sedang awak baca. Direktori perniagaan, panduan tempatan, blog harian automatik, alat web percuma dan Thalhah Bot yang menjawab berdasarkan kandungan laman ini sendiri.

Lucee, MySQL, nginx, Tailwind

Perkhidmatan

Laman alat

hostsinimo.my

Laman alat bantu pemilik laman: perbandingan hosting, panduan pemilihan pelan dan rujukan pendaftaran domain. Dibina berasingan daripada laman utama.

PHP, MySQL, nginx

hostsinimo.my

Aplikasi Android

Kesihatan

RecHealth

Aplikasi kesihatan yang berfungsi tanpa sambungan internet. Data rekod kesihatan disimpan di peranti, bukan di pelayan, jadi tiada akaun yang perlu dicipta dan tiada data peribadi yang dihantar keluar.

Flutter, Dart, storan setempat

Halaman RecHealth

Ibadah

RecIbadah

Aplikasi panduan ibadah harian yang berfungsi luar talian: waktu solat, arah kiblat, rekod amalan dan peringatan. Direka untuk digunakan tanpa perlu menunggu muat turun data.

Flutter, Dart, storan setempat

Halaman RecIbadah

Permainan pelayar

Strategi

Empayar Malaya

Permainan papan strategi bertema kesultanan Melayu: bina negeri, urus hasil, dan bertahan daripada serangan.

Main

Rentas

Wau Bulan

Permainan rentas halangan bertema wau bulan Kelantan, dimainkan terus dalam pelayar telefon.

Main

Kuih

Kuih Letup

Permainan padanan kuih tradisional dengan papan skor, boleh dimainkan tanpa memasang apa-apa.

Main

Alat percuma

Dibina untuk kegunaan sendiri dahulu, kemudian dibuka kepada sesiapa yang memerlukan. Tiada pendaftaran dan tiada had bayaran.

Ingin melihat cara kerja ini dibuat?

Saya menulis kajian kes tentang masalah sebenar yang pernah saya hadapi di pelayan sendiri, termasuk punca dan pembaikannya.

Baca kajian kes Lihat harga