Terma dan Soalan Lazim

Empayar Malaya, permainan strategi teks dalam Bahasa Melayu.

Wang dalam permainan ini bukan wang sebenar. Semua nilai yang tertera seperti RM1,000 dalam permainan ialah mata wang permainan sahaja. Ia tidak boleh dikeluarkan, tidak boleh dipindahkan kepada orang lain di luar permainan, dan tidak mempunyai nilai wang sebenar.

Permainan ini percuma, tiada bayaran masuk, dan tiada sebarang pembelian di dalamnya.

Adakah permainan ini berbayar?

Tidak. Mendaftar dan bermain adalah percuma sepenuhnya. Tiada langganan, tiada pembelian dalam permainan, dan tiada bayaran tersembunyi. Kami tidak meminta wang daripada pemain dalam apa jua bentuk.

Bolehkah saya keluarkan wang permainan?

Tidak. Wang permainan hanya berfungsi di dalam permainan untuk membeli premis, mengupah Orang Kanan, dan membeli barangan. Ia bukan wang sebenar dan tidak boleh ditukar kepada wang sebenar. Sebab itulah tiada sesiapa boleh menjana wang daripada permainan ini, termasuk pentadbir.

Adakah ini perjudian?

Tidak. Walaupun ada roda tuah dan permainan bertemakan kasino, semuanya menggunakan wang permainan yang tidak bernilai wang sebenar. Tiada pertaruhan menggunakan wang sebenar, dan tiada hadiah wang sebenar.

Apakah data yang disimpan?

Kami menyimpan nama pengguna, kata laluan yang telah disulitkan, emel jika anda memberikannya, dan kemajuan permainan anda sahaja. Kata laluan disimpan dalam bentuk hash yang kuat, bukan teks biasa. Data ini digunakan untuk menjalankan permainan, bukan untuk dijual atau dikongsi dengan pihak ketiga.

Bolehkah akaun saya direset?

Ya. Kerana ini projek hobi yang masih berkembang, kemajuan permainan boleh direset apabila ada perubahan besar, contohnya permulaan musim baharu atau pembaikan imbangan permainan. Kami akan memaklumkan melalui pengumuman di dalam permainan.

Siapa yang boleh bermain?

Permainan ini untuk orang dewasa yang boleh menilai sendiri. Ia mengandungi tema kriminaliti dalam dunia fiksyen tahun 1920-an, tetapi tidak mengandungi kandungan lucah atau keganasan grafik.

Ada pertanyaan atau masalah?

Hubungi kami melalui emel di contact@thalhah.my. Kami mengalu-alukan laporan pepijat, cadangan, dan teguran.

Empayar Malaya diinspirasi oleh permainan strategi di Facebook yang pernah hangat sekitar tahun 2009 hingga 2012, tetapi dibina semula dengan idea sendiri khas untuk pemain Malaysia. Tiada logo, gambar atau teks pihak lain digunakan.